Kaedah pantas faham & ingat 80% (900 kosa-kata yang selalu berulang dalam Al-Quran)
Bayangkan solat anda lebih khusyuk kerana faham setiap bait ayat yang dibaca. Capai rasa manis dalam ibadah dan Cepat Ingat makna Al-Quran dengan hanya 15 minit latihan sehari.
Cuba Active Recall Pintar
Demo Interaktif AI
Apakah maksud perkataan ini?
DI IKTIRAF ANTARABANGSA
Think Quran kini menyokong 9 bahasa global
RAMAI TERCARI-CARI KAEDAH MUDAH FAHAM
Adakah anda juga sering mengalami salah satu daripada 3 cabaran terbesar ini?
Rasa Kosong Ketika Solat?
Bacaan lancar tapi hati tidak tersentuh kerana tidak faham makna. Ini menyukarkan khusyuk dan penghayatan sebenar dalam setiap rakaat solat anda.
Sering Terhenti Separuh Jalan?
Semangat berkobar-kobar di awal waktu, tapi hilang punca kerana masa terhad, jadual kerja padat, dan kelas formal yang terlalu panjang.
Cepat Lupa Apa Dipelajari?
Menghafal secara manual tanpa sistem ulangan yang betul (Spaced Repetition) menyebabkan anda cepat lupa sepantas anda belajar.
Kaedah Think Quran Selesaikan Masalah Anda?
Teknologi Active Recall & Spaced Repetition yang terbukti secara sains untuk ingatan kekal.
900โ1000 Kata Yang Selalu Berulang
Kuasai kosa kata yang kerap berulang dalam Al-Qurโan dan fahami sehingga 80% maknanya dengan mudah.
Latihan 15 Minit
Pelajaran mikro yang ringkas dan padat. Sesuai dilalui sewaktu rehat atau dalam jadual harian yang sibuk.
Active Recall AI
Sistem pintar membantu anda Cepat Ingat makna Al-Quran dengan menyusun ulangkaji automatik berasaskan daya ingatan anda.
Surah Quest
Belajar perkataan baru terus dalam konteks surah pilihan untuk merasai pencapaian kefahaman yang nyata.
Gamifikasi Interactive
Belajar secara santai dengan sistem mata (XP), lencana pencapaian, dan liga mingguan untuk persaingan sihat.
Sokongan 9 Bahasa
Belajar dalam bahasa pilihan anda: Melayu, Inggeris, Indonesia, Turki, Mandarin, Tamil dan banyak lagi.
Siapa Yang Sesuai Guna Think Quran?
Profesional & Orang Sibuk
Hanya 15 minit sehari, boleh belajar di mana-mana sahaja sewaktu dalam perjalanan atau waktu rehat.
Pelajar Universiti
Cara paling pantas untuk faham Arab Al-Quran tanpa perlu mengambil jurusan bahasa secara formal.
Ibu Bapa & Pesara
Mengisi masa lapang dengan ilmu bermanfaat untuk bekalan akhirat dan teladan keluarga.
Imam & Asatizah
Alat bantu mengajar interaktif yang relevan dan moden untuk anak murid serta jemaah.
Apa Kelebihan Think Quran Berbanding Kelas Biasa?
| Ciri-ciri | Kelas Biasa | Think Quran APP |
|---|---|---|
| Masa Diperlukan | 2-3 jam / minggu | 15 minit / hari |
| Kos Pelaburan | Yuran Bulanan Berterusan | Sekali Bayar (Seumur Hidup) |
| Kaedah Pembelajaran | Hafalan Manual / Nota Pasif | AI & Active Recall Algorithm |
Suara Pengguna & Tokoh Dipercayai
"Saya tak sangka semudah ini nak faham bahasa Al-Quran. Dulu rasa susah sangat, sekarang 15 minit sehari pun dah cukup."
Ustazah Farhatul Fairuzah
Johan Qariah Antarabangsa
"Usaha yang murni untuk mendekatkan masyarakat dengan Al-Quran. Sangat disyorkan untuk semua lapisan masyarakat."
SS Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman
Mufti Pahang
"Think Quran buat saya rasa seronok belajar. Cara yang interaktif dan tak membosankan langsung."
Mawi
Selebriti / Pengguna TQ
"Akhirnya saya jumpa aplikasi yang sesuai dengan jadual kerja saya yang sibuk. Sangat berbaloi pelaburan ini."
Ahmad Z.
Pengguna Think Quran
Video Testimoni Tokoh & Ulama
Dengar sendiri pengalaman mereka yang telah berjaya
Video Pengenalan
Penerangan Ringkas TQ
Mufti Menk
Tokoh Ulama Antarabangsa
Prof. Dr. Muhaya
Pakar Oftalmologi & Motivator
Ustazah Farhatul
Johan Qariah Antarabangsa
Mufti Sabah
Sahibus Samahah Mufti Sabah
Mudah di Fahami & Senang Ikuti
Word Quest
Ibarat enjin kepada pemahaman, Word Quest membina asas kosa kata anda. Kunci utama untuk menguasai 900 kata yang selalu berulang dalam Al-Qur'an.
Asas Kosa Kata Yang Selalu BerulangSurah Quest
Kefahaman konteks terus dalam surah-surah pilihan Al-Quran untuk memperkukuhkan pemahaman dan hafalan anda.
Kefahaman Konteks SurahPakej Akses Seumur Hidup
Hanya Sekali Bayar โ Tanpa Yuran Bulanan Tersembunyi
Bayaran Sekali Sahaja Untuk Akses Seumur Hidup
Pembayaran Selamat & Terjamin 100%
Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQ)
Adakah aplikasi ini sesuai untuk pemula yang tiada asas Bahasa Arab?
Ya! ThinkQuran direka khas untuk sesiapa sahaja walaupun tiada asas Bahasa Arab. Kaedah Active Recall kami akan membimbing anda secara berperingkat dari asas hingga mahir.
Berapa lama masa yang perlu saya peruntukkan setiap hari?
Hanya 15 minit sehari sahaja! Pelajaran mikro dan modul ringkas membolehkan anda belajar mengikut kelapangan masa harian anda.
Bagaimanakah cara saya mula belajar selepas membuat pembelian?
Selepas mendaftar atau membeli akses, anda boleh terus log masuk melalui aplikasi web atau muat turun aplikasi ThinkQuran di Google Play Store atau Apple App Store.